Monday, February 23, 2009

Merisik Kabar

ptg semalam kitaorg sekeluarga g ke pandan jaya untuk merisik bakal adik ipar aku. just bawa sikit buah tangan utk diorg..tp pelik la pulak..merisik pun nak soh mak aku sarungkan cincin..poyo je kan..huhu..



buah tangan utk diorg..





ni lah bakal adik ipar aku tu...


buah tangan dari belah pompuan aku tlupa nak tangkap gambo..mayb diorg kawen bulan tiga ni..so harap2 jadilah..

adik aku ..
untuk adik aku semoga sukses selalu n jgn lupa bayo untuk semua hantaran yg aku buat nnt..hehehe..nasib la dpt akak cam aku..sume nak kene caj..hehehe

Wednesday, February 18, 2009

**KERJA SAMBILAN**

video

Tuesday, February 17, 2009

tag game 6th from yatie

Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it. Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged

gambar ni di ambil 2 jam lepas ammar dilahirkan...29.05.07

beza kan ngan pic lepas sehari n sekarang..huhuhu
okay x ni yatie??hehehe, dipanjangkan tag ni kepada adik CT, ramzie (Tak cukup 6 org la..)sesape yg sudi la...

Thursday, February 5, 2009

CARA WANITA BERJALAN

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wednesday, February 4, 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badannya sihat tetapi mudah diserang selsema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya cukup sayang pd kanak-kanak suka duduk rumah setia pada segala-galanya perlu belajar kemahiran sosial cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius berpesonality yg mudah berubah mudah menawan org lain agak pendiam. Pemalu dan rendah diri jujur dan setia pd segalanya keras hati untuk mencapai matlamat tidak suka dikongkong mudah memberontak apabila dikongkong suka kegiatan yg lasak emosinya mudah terluka dan sgt sensitif mudah mempamirkan marahnya tidak suka benda yg remeh-temeh suka berkawan tapi kurang mempamerkannya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya pemerhatian yg tajam suka hiburan dan sukan suka benda yg bersifat seni sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran berkecenderungan pd benda yg tahyul amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan mudah didampingi sgt pemalu dan pemendam rasa sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sgt peka kepada orang lain sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan tahu kenang budi pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga punya bakat seni dalalm bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal sgt menarik dan pandai manjakan diri punya daya mental yg sangat kuat suka diberi perhatian sgt diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org sgt berani dan tiada perasaan takut suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yg sangat kuat pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil kuat semangat & bermotivasi tinggi pemikiran yg tajam mudah marah apabila tidak dikawal pandai menarik hati org lain & menarik perhatian perasaan yg amat mendalam cantik dr segi mental & fizikal tidak perlu dimotivasikan tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain mudah dipujuk bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat fizikal yg baik kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangaiidea @mood idea yg terlalu banyak dikepala bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan lambat nak sembuh apabila terluka hati suka kepada barang yang berjenama mudah menjadi eksekutif kedegilan yg tidak terkawal sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawam lama suka mendiamkan diri suka duduk dirumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kawal tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak mudah tertawan kepadanya sopan santun dan caring terhadap org lain berani dan tidak tahu takut orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego nilai harga diri yg sangat tinggi dahagakan pujian semangat juang yg luar biasa cepat marah & mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan sangat cemburu daya pemerhatian yg tajam & teliti cepat berfikir fikiran yg berdikari suka memimpin & dipimpin sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk cepat apabila ditimpa penyakit belajar utk relax sikap kelam kabut romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakap sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur kerja yg dilakukansangat sempurna sangat sensitif ygtidak diketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan,hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanya suka ambil jln tengah sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan orglain emosi yg mudah terusik suka berangan & pandaibercakap emosi yg kelam kabut daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong,bidang sastera & seni pengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan mudah terusik hati & cemburu ambil berat tentang org lain suka kegiatan luar org yg adil boros & mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya berfikiran kehadapan berfikiran unik dan bijak penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa pemikiran yg tajam daya firasat yg sgt halus dan tinggi bagus utk jadi doktor cermat dan teliti personality dinamik sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra berani, pemurah, setia dan byk kesabaran terlalu degil dan keras hati apabila hendak diusahakan sehingga berjaya tak suka marah kecuali digugat mudah ambil berat terhadap orang lain pandai muhasabah diri cara berfikir lain dari org lain otak yg sangat tajam pandai mendorong diri sendiri tidak hargai pujian kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya badan yg tough kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik tidak pasti dgn hubungan kasih sayang suka duduk dirumah sangat rajin dan berkemampuan tinggi amanah, jujur setia dan pandai berahsia tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK KAUM WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Percubaan Pertama..

Salam..
Ni br 1st time nak tulis blog...blog sblm ni aku dah delete sbb rasa cam x best jer..
hari ni aku rasa x sht sgt..sakit bdn2 x tau la nape membuatkan aku xde mood nk bt keje..mlm td dh la x ckp tido ammar x sihat meragam jer spjng mlm..tp anak kan..x kan nak biorkan nangis je..letih mmg letih tp tu lah tnggjwb aku kan..memandangkan aku teramatlah letih ari ni cukupla takat ni je...harap2 lain kali aku leh post yg lg best..